UHHL

Friday, 19 April 2013

Bacaan suku kata


Murid - murid saya telah mengeja dan mengenal huruf dengan betul. mereka mencari dan membina huruf konsonan dan huruf vokal menjadi suku kata yang betul seperti yang terdapat di video berikut. murid - murid membaca suku kata dengan betul.

Gambar Mikro Pengajaran



Guru kenalkan Ahli keluarga yang utama iaitu ' Datuk '.

Kalaishalini sebagai ' Nenek '.  

Guru memangil Bapa ke hadapan.

Dharshanan sebagai  ' Bapa '.

Pritika kenalkan diri sebagai ' Emak '.

Abang.......

Kakak..........

adik yang comel........

Guru menanya murid - murid, ' siapakah mereka ini semua? '
Guru kenalkan tajuk hari ini dan kenalkan mereka ini semua adalah ' Keluarga '.

Gambar keluarga 

Set Induksi ( Keluarga saya )




Set  Induksi yang dijalankan di Prasekolah saya. Saya telah memilih tajuk ' Keluarga saya '. Set induksi ini telah memberi banyak faedah pada anak murid saya. Dengan berlakon, mereka lebih mengingati dan mengenali ahli keluarga dengan cepat. 

Bacaan Pagi


Saya sentiasa melakukan bacaan pagi di Prasekolah saya. Murid - murid saya sekarang mahir dan mengenal huruf dengan tepat dan betul. Cara ini sangat berguna pada saya dan anak murid saya.

Friday, 12 April 2013

WARGA SJKT SEPANG 2012



ABM ( LAGU RENTAK )


AKTIVITI MENGENAL HURUF

MURID - MURID DUDUK IKUT HURUF KECIL KE BESAR
MURID - MURID DUDUK MENGIKUT PASANGAN HURUF DENGAN BETUL
MURID-MURID AKTIF MENUNJUKKAN HURUF MENGIKUT ARAHAN GURU
MURID - MURID MEMAPARKAN HASIL MEREKA.
HURUF - HURUF
MURID SANGAT GEMBIRA DENGAN HURUF YANG DIPEGANG
GURU DAN MURID BINCANG BERSAMA - SAMA

ABM P&P ( BAHASA MELAYU )






               Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.





                   Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.

SEKOLAHKU SYURGAKU