UHHL
Wednesday, 22 May 2013
Refleksi bagi makro teaching saya.
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
Pengenalan
Pada 08 Mei 2013, bersamaan dengan hari
Jumaat yang lepas, saya telah menjalankan pengajaran makro mengenai topik
pembelajaran Bahasa Melayu - Kenderaan bagi murid Prasekolah seramai 25 orang
murid. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam (40 minit) tersebut dijalankan
oleh saya.
Walaupun terdapat banyak gangguan dan
kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada
Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar.
Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengajaran makro ini.
Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan kekuatan-kekuatan dan
kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro,
memberikan cadangan-cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
yang telah saya kemukakan, serta proses-proses dan perasaan semasa menjalankan
pengajaran semula makro berdasarkan rakaman, maklum balas rakan-rakan sebaya,
dan pensyarah.
Kekuatan
Sepanjang menjalankan pengajaran makro, saya
sedar bahawa saya dapat mengurus dan mengawal bilik darjah dengan tersusun dan
berkesan. Hal ini demikian kerana saya telah menggunakan pelbagai cara dan “cue”
untuk mengawal keadaan dalam bilik darjah. Sebagai contoh, saya telah meminta
murid-murid untuk mengangkat tangan sebagai tanda sudah bersedia atau sudah
siap melakukan lembaran kerja. Apabila saya mendapati bahawa murid-murid mula
berbual-bual semasa sendiri atau kurang memberikan fokus kepada pembelajaran,
saya akan bertepuk tangan atau bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan
perhatian mereka. Menurut Haliza dan Joy (2009), pengurusan bilik darjah
merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat
mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk mengalakkan pembelajaran
yang berkesan. Oleh itu, dengan menggunakan cara-cara seperti ini, saya percaya
bahawa keadaan murid-murid akan lebih terkawal dan dapat menumpukan perhatian
mereka terhadap apa yang telah kita ajar.
Selain itu, saya juga sedar bahawa saya
berupaya untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala
dengan murid dengan baik. Daripada pemahaman yang lepas, saya sedar bahawa
komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif
dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008). Oleh itu,
semasa mengajar, saya sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan
tahap kognitif murid-murid kepada mereka. Semasa membincangkan lembaran kerja,
saya akan berinteraksi dengan murid dan melibatkan murid dalam perbincangan
dengan meminta murid-murid memberikan pendapat atau jawapan mereka, dan
bertanya kepada murid-murid yang lain sama ada mereka bersetuju dengan jawapan
murid tersebut.
Pelbagai teori, kaedah, dan teknik juga saya
aplikasikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut. Antaranya ialah
teknik penyoalan, semasa saya bertanya soalan terhadap murid-murid saya. Selain
itu, kaedah pembelajaran koperatif juga telah saya gunakan
apabila saya meminta murid-murid berbincang untuk
mendapat satu jawapan yang dipersetujui sesama mereka dalam kumpulan. Menurut
Tay (2000), pembelajaran koperatif bermaksud sekumpulan murid
bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai matlamat pendidikan yang
dikongsi bersama. Malah, saya turut menggunakan pengajaran ekspositori apabila
saya “bersyarah” dan memberitahu murid-murid tentang kepentingan proses
penyejatan dalam kehidupan harian kita. Saya juga mengaplikasikan teori
pembelajaran behavioris, apabila saya meminta murid-murid bertepuk tangan
apabila murid-murid mampu menjawab soalan dengan betul sebagai satu usaha untuk
memotivasi murid-murid agar mereka terus aktif dalam pembelajaran. Situasi ini
memberikan satu iktibar yang amat penting kepada saya bahawa sebagai seorang
guru yang berkaliber dan dedikasi, kita perlulah bijak mengaplikasikan pelbagai
teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya kita dapat menyampaikan
kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping murid-murid tidak bosan
dengan pengajaran kita.
Di samping itu, saya berpendapat bahawa saya
mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi sepanjang menjalankan pengajaran
makro saya. Walaupun saya tidak pernah mengajar sebelum ini, namum saya tetap
bertindak seperti saya seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang
pendidikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut. Pada saya, keyakinan
diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati,
dan mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam
menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid
membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin.
Kefasihan dan kelancaran bahasa yang ada pada
diri saya juga membantu saya menyempurnakan pengajaran makro pada hari
tersebut. Walaupun saya perlu bebahasa Melayu dan berhadapan dengan banyak
soalan yang dikemukakan oleh murid-murid, namun saya masih dapat menyampaikan
segala kandungan pembelajaran saya dengan lancar tanpa sebarang masalah
ketidakfahaman bahasa.
Penggunaan pelbagai media bahan bantu
mengajar, iaitu video dan lembaran kerja yang menarik yang telah saya gunakan
semasa menjalankan pengajaran makro juga membolehkan murid mengekalkan minat
dan motivasi mereka terhadap pelajaran, menyebabkan mereka sentiasa melibatkan
diri secara aktif sepanjang proses P&P, dan membolehkan mereka lebih
mengingati kandungan pembelajaran yang telah kita ajar. Oleh itu, BBM dan juga
lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang
berjaya dan berkesan.
Secara keseluruhannya, saya mendapat maklum
balas daripada rakan-rakan dan pensyarah saya bahawa pengajaran makro yang
telah saya laksanakan pada hari tersebut adalah mantap dengan penerangan yang
jelas, nada suara yang kuat dan baik, intonasi yang menarik dan arahan yang
agak jelas. Sesungguhnya ini amat mengejutkan saya, tetapi gembira memandangkan
ini merupakan kali pertama saya menjalankan pengajaran makro terhadap subjek
Sains ini.
Kelemahan
Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran
makro saya dengan agak berjaya, tetapi saya mendapati bahawa murid-murid
seakan-akan tertekan dan kurang riang semasa saya mengajar. Pada masa itu saya
tertanya-tanya kepada diri sendiri: Adakah saya terlalu garang atau tegas
semasa mengajar? Adakah murid-murid tidak dapat mengikuti apa yang sedang saya
ajar? Selepas melihat semula proses pengajaran makro saya menerusi rakaman
video, saya mendapati dan sedar bahawa rupa-rupanya unsur humor atau kecindaan
semasa mengajar masih kurang dalam diri saya. Hal ini demikian kerana saya
mendapati bahawa saya agak serius dan tidak senyum semasa mengajar,
memandangkan saya agak cemas dan gementar ketika menjalankan pengajaran makro
tersebut. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya
ialah seorang guru yang garang, kurang ramah, sukar didekati, dan tegas orangnya.
Semasa melihat semula rakaman pengajaran
makro saya, saya juga mendapati bahawa saya selalu menggunakan perkataan “Ah”
apabila saya sedang berfikir atau semasa mengadakan interaksi dengan
murid-murid. Saya sedar bahawa penggunaan perkataan-perkataan yang tidak
diperlukan dengan terlalu kerap seperti ini akan mengganggu kelancaran dan
proses pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Namun, ia memerlukan satu tempoh
masa yang agak panjang untuk saya berubah memandangkan ia sudah menjadi
sebahagian daripada tabiat saya semasa bercakap.
Aspek kelemahan lain yang dapat saya
kenalpasti semasa menonton semula rakaman pengajaran makro saya ialah saya
seakan-akan hanya berdiri statik di sesuatu tempat sahaja dan tidak bergerak ke
sana sini untuk mendekati diri dengan murid. Keadaan ini mungkin menyebabkan
murid beranggapan bahawa guru ini adalah sukar untuk didekati dan hanya selesa
apabila berada di tempat tersebut. Murid-murid juga akan beranggapan bahawa
guru tersebut hanya akan berada di tempat itu sampai tamat kelas dan tidak akan
datang ke meja mereka. Lantas mereka pun mula kurang memberikan fokus dan mula
membuat kerja mereka sendiri. Walaupun saya tidak sedar bahawa saya tidak
mempunyai banyak pergerakan semasa mengajar, namun, aspek ini begitu ketara dan
jelas kelihatan apabila saya melihat semula pengajaran makro saya.
Dan juga saya mendapati bahawa kadar
percakapan saya adalah terlalu cepat. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan
murid-murid tidak dapat mendengar apa yang hendak saya sampaikan semasa mengajar.
Kesannya, murid-murid mungkin akan tertinggal dalam pelajaran atau gagal
melakukan apa-apa perkara yang telah saya arahkan. Maklum balas pertama saya
selepas saya mendapat tahu perkara ini ialah: Adakah pernyataan ini benar?
Ataupun tanggapan sesetengah orang sahaja? Selepas mengimbas kembali apa yang
berlaku semasa pengajaran makro, saya juga mendapati masalah yang sama. Oleh
itu, ini memberikan satu kesedaran kepada saya bahawa apabila saya mengajar
kelak, saya perlu bercakap pada kadar yang sesuai dengan tahap kognitif
murid-murid dan pastikan bahawa setiap murid faham akan apa yang ingin saya
sampaikan sebenarnya.
Tuntasnya, masih terdapat banyak kelemahan
yang terdapat pada diri saya semasa menjalankan pengajaran makro, seperti
kurang prihatin, tulisan kecil, dan sebagainya selain daripada kelemahan yang
disebutkan di atas. Kelemahan-kelemahan ini mungkin tidak begitu serius atau
ketara semasa mengajar, tetapi saya percaya bahawa ia tetap akan memberikan
kesan yang tidak baik pada jangka masa yang panjang. Oleh itu, saya perlulah
memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dapat
saya ketengahkan seperti yang disenaraikan di atas.
Cadangan Penambahbaikan
Untuk mengatasi masalah kekurangan unsur
kecindaan atau humor semasa mengajar, saya sedar bahawa saya perlulah sentiasa
senyum dan mempamerkan riak wajah yang ceria kepada murid-murid. Hanya dengan
ini murid-murid akan berasa bahawa gurunya adalah seorang yang ceria dan mudah
didekati. Selain itu, saya juga boleh mencari atau memikirkan beberapa jenaka
lawak yang boleh dikongsikan bersama di kelas semasa rehat atau ketika
perantaraan antara peringkat pengajaran. Dengan berbuat demikian murid-murid
mungkin akan beranggapan bahawa guru tersebut mempunyai unsur kecindaan yang
amat tinggi.
Selain itu, saya juga perlulah mencuba untuk
mengurangkan penggunaan istilah “Ah” semasa berfikir atau semasa berinteraksi
dengan murid-murid. Apabila saya berfikir panjang, bukan sahaja perkataan “Ah”
sahaja, malah perkataan-perkataan seperti “lah”, “kah”, “ya”, “eh”, dan
sebagainya juga haruslah saya kurang sebanyak yang mungkin. Dengan mengurangkan
percakapan seperti ini, saya percaya bahawa saya akan dapat menyampaikan
kandungan saya dengan lebih lancar dan ia akan lebih mempamerkan sifat
profesional saya sebagai seorang guru yang mulia dan beretika.
Pada pengajaran makro yang seterusnya saya
juga akan berusaha untuk melakukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat,
dengan kadar yang sesuai. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa
pergerakan yang terlampau banyak juga kurang sesuai kerana ia boleh dianggap
sebagai satu gangguan kepada murid-murid. Oleh itu, memiliki sedikit pergerakan
di dalam bilik darjah nescaya mampu menarik perhatian murid dan menyebabkan
mereka fokus kepada pembelajaran tanpa berani melakukan apa-apa perkara yang
tidak berkaitan dengan pelajaran.
Di samping itu, saya juga akan mencuba untuk
mengawal kadar pertuturan saya agar tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan.
Mungkin saya boleh berhenti seketika untuk membolehkan murid-murid memikir
sejenak apa yang telah saya sampaikan atau bertanya kepada murid-murid sama ada
mereka faham atau dapat mengikuti pelajaran sebelum saya meneruskan topik
pembelajaran yang seterusnya. Dengan cara ini, saya dapat memastikan bahawa
tiada murid yang tidak faham atau tertinggal pelajaran dalam proses
pengajaran-pembelajaran saya.
Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat
persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat merancang apakah
yang hendak saya lakukan di samping menguasai penggunaan masa dalam kelas
dengan lebih baik. Dengan membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat
menjalankan rehearsal dan memastikan bahawa saya dapat
menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan
dengan kadar yang maksima.
Proses Pengajaran Semula Pengajaran Makro
Semasa menonton semula bahagian pengajaran
makro yang telah saya laksanakan pada hari tersebut, saya mendapati bahawa saya
langsung tidak mempunyai pergerakan apabila saya mengajar peringkat aplikasi
idea, iaitu kepentingan-kepentingan penyejatan dalam kehidupan kita. Saya juga
banyak menggunakan perkataan “Ah” semasa berinteraksi dengan murid-murid.
Saya telah menjalankan pengajaran semula
bahagian yang perlu penambahbaikan ini pada 19 April 2013. Semasa mengajar
semula, saya cuba menfokus dan membaiki kelemahan yang telah saya kenalpasti
pada pengajaran yang lepas. Oleh itu, saya lebih banyak menggerakkan diri saya
ke sana dan ke sini semasa mengajar, melibatkan murid secara aktif, kurangkan
penggunaan perkataan “Ah”, dan menulis respon-respon murid pada kad-kad manila
supaya perkataan yang ditunjukkan adalah lebih besar dan cantik. Sesi
pengajaran semula berjalan dengan agak sempurna.
Selepas pengajaran semula, kebanyakan guru
sekolah saya beranggapan bahawa saya berjaya mengurangkan kelemahan-kelemahan
yang telah saya kenalpasti daripada pengajaran makro yang lepas, dan seterusnya
menyebabkan proses P&P tersebut berjalan dengan lebih lancar. Saya sangat
gembira dan terharu kerana semua usaha saya membuahkan hasil dan menyebabkan
saya lebih yakin untuk mengajar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak
perkara yang tidak dapat saya pelajari dalam kuliah daripada pengajaran makro
ini. Ini memberikan keyakinan yang sangat tinggi kepada saya bahawa saya akan
dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila saya menjalankan praktikum
semester depan kelak. Saya berharap bahawa saya mampu melakukan yang terbaik
pada pengajaran yang seterusnya.
RPH MAKRO ( Bahasa Malaysia )
Rancangan Pengajaran Harian
Nama kelas : Prasekolah Sepang
Bil.murid : 25 orang
Umur : 6 tahun
Tarikh : 8.5.2013
Masa : 9.00 pagi – 9.40 pagi
Tunjang : Komunikasi ( Bahasa Malaysia )
Tema : Kenderaan
Sub tema : Kenderaan darat
Focus MI : Kecerdesan Bahasa , Kreativiti & Estatika ( muzik )
dan fizikal
Kemahiran Berfikir : Mengenal
pasti dan mengecam jenis – jenis kenderaan darat.
Hasil Pembelajaran : BM
2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila.
Objektif
Di akhir pembelajaran,
murid akan dapat:-
1.
Mengenal jenis – jenis
kenderaan di darat.
2.
Menamakan jenis – jenis
kenderaan darat dengan betul.
3.
Mengecam rupa bentuk
kenderaan darat.
Focus utama :-
BM 2.1.4 Berinteraksi
secara sopan dan bertatasusila.
BM 2.1.7 Menamakan objek
di persekitaran.
Focus sampingan ( kesepaduan
)
BM 1.1.9 Membezakan jenis bunyi yang ada di
persekitaran.
KTI 2.1.8 Menyanyi lagu
dengan iringan muzik.
Pengetahuan sedia ada :-
1.
Murid – murid pernah
melihat kenderaan darat.
2.
Murid – murid
menggunakan kenderaan darat.
Nilai :-
1.
Bersopan – santun
2.
Bekerjasama
ABM :-
- Kad
gambar
- Kad
perkataan
- Video
lagu
- Lembaran
kerja
Langkah & Masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti P & P
|
Catatan /
Bahan
|
Set Induksi
( 5 minit )
|
ü Bersoal jawab
ü Memperkenalkan tema yang akan dipelajari iaitu kenderaan di
darat.
|
Ø Guru meminta beberapa murid ke hadapan kelas.
Ø Seorang murid akan ditutup mata dengan kain hitam.
Ø Murid akan cari benda dalam kotak yang dibawah oleh guru.
Ø Guru menanyakan apakah benda itu ?
Ø Guru bersoal jawab dengan murid – murid tentang tema iaitu
kenderaan di darat.
|
Bahan
Kad gambar
KBKK
Menjana Idea
MI
Kecerdasan
linguistic
|
Langkah 1
( 10 minit )
|
ü Memadankan kad gambar kenderaan darat dengan perkataan yang
betul.
ü Mengeja nama kenderaan darat dengan betul.
|
Ø Guru menanyakan kad gambar kenderaan dan meminta murid – murid
menamakan kenderaan tersebut satu persatu, kemudian melekatkan gambar
tersebut di papan hitam.
Ø Guru kemudian menunjukan kad perkataan nama kenderaan darat
secara rawak dan mula membaca nama pada kad perkatan tersebut.
Ø Guru meminta murid – murid membaca nama pada kad tersebut dengan
bimbingan guru. Setelah membaca guru meminta salah seorang murid untuk
melekatkan kad perkataan tersebut pada kad gambar kenderaan yang betul.
|
Bahan
Kad gambar
Kad perkataan
KBKK
Menjana Idea Mengecam
Mengenal pasti
MI
Kecerdasan
linguistik
|
Langkah 2
( 10 minit )
|
ü Permainan meneka bunyi kenderaan darat.
|
Ø Guru memperdengarkan bunyi kenderaan darat, murid – murid secara
rawak dan meminta murid – murid mengecam bunyi kenderaan tersebut.
Ø Guru member hadiah kepada murid yang terlibat dalam permainan
ini.
|
Bahan
Audio bunyi
kenderaan
KBBK
Mengecam
MI
Kecerdasan
linguistic
|
Langkah 3
( 10 minit )
|
ü Membuat latihan
|
Ø
Guru menunjukkan
kepada murid – murid bagaimana nak membuat latihan tersebut iaitu dengan
menulis nama kenderaan dengan gambar yang betul dalam 3 garis.
Ø
Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada murid – murid dan meminta murid membuat latihan
tersebut dengan betul.
Ø
Setelah selesai guru
akan mengumpul latihan dan membuat penilaian.
Ø
Guru menilai hasil
kerja murid dan member pujian kepada murid di atas hasil kertas mereka.
|
Bahan
Lembaran kerja
KBKK
Mengecam Mengenal
pasti
MI
Kecerdasan
linguistic
Kecerdasan
kognitif
|
Penutup
( 5 minit )
|
ü Aktiviti nyanyian
|
Ø Guru memainkan lagu
“ Bapaku pulang ”.
Ø Murid – murid bersama guru menyanyikan lagu dengan mengikut
irama muzik dengan betul mengikut iringan muzik.
Ø Murid – murid akan menyanyikan lagu dan membuat pergerakan yang
betul.
|
Bahan
Video lagu
“Bapaku pulang”
MI
Kecerdasan
linguisti
Kecerdasan
muzik
Kecerdasan
kenestik
Kecerdasan
Bahasa
|
Friday, 19 April 2013
Bacaan suku kata
Murid - murid saya telah mengeja dan mengenal huruf dengan betul. mereka mencari dan membina huruf konsonan dan huruf vokal menjadi suku kata yang betul seperti yang terdapat di video berikut. murid - murid membaca suku kata dengan betul.
Gambar Mikro Pengajaran
![]() |
Guru kenalkan Ahli keluarga yang utama iaitu ' Datuk '. |
![]() |
Kalaishalini sebagai ' Nenek '. |
![]() |
Guru memangil Bapa ke hadapan. |
![]() |
Dharshanan sebagai ' Bapa '. |
![]() |
Pritika kenalkan diri sebagai ' Emak '. |
![]() |
Abang....... |
![]() |
Kakak.......... |
![]() |
adik yang comel........ |
![]() |
Guru menanya murid - murid, ' siapakah mereka ini semua? ' |
![]() |
Guru kenalkan tajuk hari ini dan kenalkan mereka ini semua adalah ' Keluarga '. |
![]() |
Gambar keluarga |
Subscribe to:
Posts (Atom)